Click Here

Facebook Badge

Monday 2 June 2014

PERTANDINGAN FOTOGRAFI FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA 2014


web-ptandingan fotografi.jpg



PERTANDINGAN FOTOGRAFI FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA 2014 


KATEGORI                                                    HADIAH WANG TUNAI 


KATEGORI A (Umum)      

Hadiah Pertama                                                         RM1,500.00
Hadiah Kedua                                                            RM1,000.00
Hadiah Ketiga                                                            RM   700.00
Hadiah Sagu Hati (x5)                                                 RM   100.00



KATEGORI B ( Pelajar Sekolah, IPTA/S)

Hadiah Pertama                                                          RM1,000.00
Hadiah Kedua                                                             RM   800.00
Hadiah Ketiga                                                             RM   500.00
Hadiah Sagu Hati (x5)                                                 RM   100.00




PENGENALAN 

Pertandingan fotografi anjuran Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan ini,  memberi peluang kepada penggemar fotografi untuk mengasah bakat dan kemahiran seni merakam imej.

Penggemar fotografi boleh merakam apa jua keindahan, kemeriahan serta keunikan Sungai Melaka yang telah berjaya sebagai produk pelancongan kebanggaan negeri Melaka. Tempuh pertandingan bermula dari 1 Mei 2014 sehingga 9 Jun 2014.

Pertandingan ini juga diadakan ketika berlangsungnya Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014. Pelbagai acara diadakan bermula dari Taman Rempah sehinggalah ke Dataran Sungai Melaka.



TEMA PERTANDINGAN 

“Tidak Sempurna Melawat Melaka, Jika Tidak Menyusuri Sungai Melaka”



SYARAT PERTANDINGAN 


PENYERTAAN 

Terbuka kepada semua penggemar fotografi. Penyertaan pertandingan  adalah percuma. Peserta boleh menghantar seberapa banyak imej mengikut tema pertandingan. Walau bagaimana pun seorang peserta layak memenangi 1 hadiah sahaja.

Cuma penyertaan melalui e-mel sahaja diterima dan peserta akan menerima e-mel pengesahan dari pihak penganjur (dalam tempoh 24 jam). Penyertaan boleh dihantar terus ke e-mel berikut :- fotowarisan@gmail.com



IMEJ PENYERTAAN 

Imej mestilah bersaiz paling minimum 3 megapixel, dalam format JPEG. Imej digital “super imposed” dan grafik tidak dibenarkan.

Penyertaan peserta akan dibatalkan jika terdapat sebarang pengubahsuaian pada imej.


MAKLUMAT IMEJ 

Setiap penghantaran gambar melalui e-mel mesti disertakan dengan maklumat di bawah ini iaitu :-

KATEGORI A
a) Nama Penuh
b) No Kad Pengenalan
c) Alamat
d) No Telefon Bimbit
e) Tajuk Gambar
f) Peralatan Kamera Yang Digunakan

KATEGORI B
a) Nama Penuh
b) No Kad Pengenalan
c) Alamat
d) No Telefon Bimbit
e) Tajuk Gambar
f) Peralatan Kamera Yang Digunakan
g) Sekolah / IPTA / IPTS



HAK MILIK 

Setiap imej yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini mestilah asli(original), dirakamkan sendiri oleh peserta dan ia adalah hak milik peserta. Apa jua tuntutan daripada pihak ketiga berkaitan perlanggaran hak cipta atau kepentingan individu di dalam imej selepas ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

Peserta memberi kebenaran sepenuhnya kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka untuk menggunakan dan menerbitkan imej yang dipertandingkan.


PENGADILAN 

Penyertaan akan diadili berdasarkan kepada nilai mesej dan keberkesanan dalam menyatakan tema pertandingan, kreativiti, teknik fotografi serta kualiti imej.

Pemenang akan dihubungi pihak penganjur dan akan dipaparkan ke dalam portal :- www.melaka.gov.my

Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.


URUS SETIA PERTANDINGAN
Pusat Sumber ,
Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras Bawah, Blok Bentara,
Seri Negeri, Ayer Keroh,
75450 Melaka
06-230 7609



TARIKH TUTUP PENYERTAAN 

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 9 Jun 2014. Para pemenang akan dihubungi melalui telefon dan e-mel.


Boleh rujuk website ni untuk maklumat lanjut :  Pertandingan fotografi sempena festival antarabangsa sungai melaka 2014

No comments:

Post a Comment